Sunday 25 April 2010

"Kamu( umat Islam) adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang -orang fasik."( ali Imran: 110)

Monday 12 April 2010

tentang dia

kalau sebelumnya,
ku bersajak tentang senyum,
kini ku berkarya,
tentang dia,
tentang seseorang yang sering ku lupa.

katakan saja,
apa jua yang kau suka,
pasti ada padanya,
katakan saja,
kau tak perlu cari jauh di hujung dunia,
kerna dia ada di depan matamu..

kalau kita terlintas membuat dosa,
ingatlah padanya,
tak termampu rasanya,
mengecewakan hati sesuci itu.

aku bersyukur pada Dia,
kerana mengurniakan aku dia,
yang sanggup berkorban apa saja untuk ku,
bukan hanya untukku,
jua untuk ibu bapa ku,
untuk atuk moyangku ku,,
untuk seluruh umat ini,
untuk seluruh alam ini..

ku bersyukur YaAllah,
atas kurniaan Mu yang satu ini,
kerana ia tak mampu terbayar,
walau dengan dunia serta isinya..

Ya Rasuullah,
ampunkan kami Ya Allah,
jika selama hidup ini,
tak termampu mempertahankan baginda,
di kalangan manusia pencacinya,
namun kami lebih menyesali setiap saat hidup ini,
kalau tidak mampu menjaga akhlak sendiri,
sedangkan baginda mempercayai kami,
sebagai pembela agama yang dibanggakannya,
yang dipertahankannya dengan darah sendiri.

ampunkan kami Ya Allah,
jika tak mampu menggembirakan Rasulullah saw,
dan mengigatinya,
sepertimana baginda mengingati kami,
hingga saatnya dipanggil pulang olehMu..

selawat dan salam bagi baginda kita,
moga kita menjadi umat,
yang pandai mengenang budi,
dan mencintainya
walaupun,
baginda tak mengharapkan
sebutir balasan pun dari kita,
apa yang diharapkan olehnya,
cukuplah kita menjaga,
dari membinasakan diri sendiri,
dan tanamlah cinta sesama kita,
KeranaNya..