Thursday 30 September 2010

Oh mama, saya mau kahwen..lalala...

teringat lagi seketika dulu di kolej, aku ada seorg kawan baik yang suka share cerita, masalah nasihat dgn aku.. best la geng aku sorang nih, memang friendly talkative, so slalunye takkan senyap kalau ada dia..

satu hari dia ada cakap, "nak kawen" aku tersengeh aje la.. cakap dgn dia, bagusla kalau camtu.. sbb dah lama couple ngn teman istimewa dia, so lbh bagus kawen.. apa2 yg dibuat selepas tuh dikira ibadah disisi Allah..(insyaAllah sama2 kita doakan, amin)

namun sekarang, aku sedar yg nasihat yg aku bagi tak cukup sampai disitu.. "kawen la" ayat tuh sangat senang kita nak sebut. tapi disebalik perkahwinan tu banyak lagi yg perlu dipersiapkan.. yg selalu kita dgr, ekonomi mesti stabil, kne ada asset sendiri at least kereta dan mcm2 lagi lah.. nak kene pandai masak lah, rajin kemas rmh..tapi semua tuh actually untuk memenuhi kehendak bakal suami atau isteri dan keluarga mertua sahaja..

sesungguhnya perkahwinan itu salah satu cabang kehidupan yg disukai Pencipta kita, Allah Azza Wajalla.. maka segala apa yg berkaitan dgn perkahwinan itu sewajibnya perlu memenuhi kehendakNya..

Stage 1: Sebelum Kahwin
keinginan pada perkahwinan yg diberkati hingga ke syurga perlulah diusahakan untuk meraih keredhaan Allah pada awal2nya lagi.. sememngnya bercinta itu keindahan yg tak mampu diungkap oleh semua manusia kecuali yg pernah mengalaminya sahaja. namun cinta itu perlulah adil iaitu diletak pada tempatnya.. bermakna, cinta itu tak boleh diberi pada yg masih tdk berhak menerima..jgnlah kerana cinta pada si dia menyebabkan kita melanggar hukum Allah yg sememangnya mencintai kita. teringat ayat seorg sahabat"men get and forget, Allah gives and forgives".touching betul ayat nih..sobs sobs

Stage 2: majlis kahwin
perlulah besederhana, jangan membazir..cukuplah ia sebagai meraikan kegembiraan terbinanya satu lagi baitul muslim yg cemerlang dan menghebahkannya kepada org lain spy tak tertimbulnya fitnah..walimah itu jg perlulah dirancg supaya tdk melanggar hukum2 syarak sepeti mengelakkan percampuran bukan mahram dan mengelakkan hiburan yg melalaikan

Stage 3: selepas kahwin
selepas ini bermulalah segala cabaran yg tak mampu kita bayangkan( kecuali yg dah berkahwin).

isteri=bangun pagi+masak+kerja+beli brg rumah+balik kerja+jaga anak+kemas rumah+didik anak+dsb...

suami= bgn pagi+kerja+fikir nak byr sewa+byr utang kereta+hutang rumah+mainan anak2+brg kemas isteri+baju anak n isteri+ bil2...

haa kan bnyak tuh nak kena fikir sebelum berkahwin.. namun semestinya yg utama keredhaan Allah atas setiap satu yg kita lakukan dlm hidup kita itu..walaupun nampaknya penat, jika setiap satu itu diniatkan kerana Allah, insyaAllah bertambahlah saham akhirat kita

Allah Maha Pengasih dan Penyayang..maka jika kita telah terkantoi di mana2 stage ini, maka jgn mudah berputus asa untuk bertaubat pdNya.. walau permulaan atau pertengahannya tak secantik dan sesempurna untuk dihadiahnkan kpd Allah, biarlah ada usaha kita memperhebat pengakhirannya..Allah tidak melihat pada hasil namun pada usaha sesorg itu mencari keredhaanNya..setiap perkahwinan itu disertai tanggungjawab yg akan disoal olh Pencipta kita apbl kita pulang nanti..maka kalau rasa sudah bersedia, apa salahnya=D

p/s ucapan buat housemates, kawan2 yg merata di Malaysia,Czech, US, UK, India, Newzie dan kakak2 apt 10: cepat2 la kahwin. anda semua dah layak pada pertimbangan saya..hehehe