Sunday 21 November 2010

when an Israeli soldier unlocks the stories

http://www.youtube.com/watch?v=37MFa7ZKQWo&NR=1

Apa lagi alasan yang boleh diberi oleh Israel untuk menutup kesalahan mereka..

semoga Allah membantu kita menjadi umat luar biasa..insyaAllah

Thursday 21 October 2010

Doa itu penghubung kita dengan Allah

saya terbaca buku Solusi milik kak Nadirah(sori kak kalau saya tersalah eja nama..^^) waktu dalam train ke Hradec Kralove..Masa tu, kak Qilah sedang baca buku itu..saya terbaca tajuk di muka depannya..ayatnya tak lah sebiji2 saya ingat tapi yg saya boleh konklusikan daripadanya adalah begini:

"Doa kita bukan untuk meminta pada Allah, kerana Allah sudah tahu apa yang kita mahu walaupun kita tak menyebutnya. Tapi doa adalah penghubung kita dengan Allah.. dan Allah sudah memberi kepada kita lebih daripada yang kita minta"

tak sangka ayat ini memberi saya kekuatan selepas tak lepas test biochem semalam.. cukuplah apa yg telah diberi oleh Allah kepada saya.. alhamdulillah ayat ini membantu untuk saya segera redha dengan ketentuanNya.. ada yang lebih terbaik daripada itu.. terima kasih ya Allah kerana mengajar saya susah apabila saya selalu senang..


teringat kenangan dulu2, selepas keputusan UPSR, PMR dan SPM keluar, banyaklah berita di surat khabar2 Malaysia tentang pelajar2 yg berjaya..namun apa yg menarik perhatian saya ialah kejayaan pelajar2 yg datangnya drpd keluarga2 yg susah.. sebenarnya saya agak jeles dgn diorg..tak tahu apa yang memberi mereka terlalu banyak kekuatan untuk berjaya.. tapi apabila selalu dengar cerita ayah dan mak waktu mereka kecil2 dahulu, baru saya tahu, kesenangan itu punca kejatuhan ramai manusia, dan kesusahan itu guru kehidupan yg paling cemerlang..

mama dan abah selau cerita tentang kesusahan mereka masa kecil..bukan mereka mahu mengungkit, tapi kerana ingin memberi pengajaran kepada kami 4 beradik.

cerita ayah:

masa kecil2 dulu, ayah saya budak yang nakal juga..suka main2 sampai nenek kena kejar dan pikul bawak balik rumah.. masa abah kecil2 dulu tak ada permainan seperti sekarang, jadi permainannya semua permainan anak2 kampung; mandi sungai, panjat pokok(sampai sekarang abah masih panjat pokok kalau nak ambil buah duku di kebun)hmm terlalu banyak untuk disenaraikan..sebelum pergi sekolah, abah tolong nenek toreh getah..pernah sekali semasa abah nak ke sekolah, hujan turun dan baju abah semua basah(zaman dulu pakai kasut getah, jadi kasut tu mmg takde hal) sampai kat sekolah, cikgu marah sebab baju basah dan abah disuruh pergi keringkan baju, baru masuk kelas..jadi abah pun pergi menumpang di rumah seorang mak cik yg tinggal berdekatan dengan sekolah...abah jemur baju dan selepas kering baru abah ke kelas..banyak lagi cerita tentang abah tapi ini yg paling saya suka dan sentiasa mengingatkan saya supaya bersyukur.. bukan semua manusia bernasib baik seperti saya..dan kini abah menjadi yang terbaik buat saya dan rasa saya itu yang terbaik buatnya.. walaupun abah mulanya susah, tapi abah berjaya naik dengan kesusahan sebagai "catalyst"

mama lebih banyak ceritanya, mungkin saya akan tulis dalam post selepas ini tentang cerita2 menarik mama..pasal belon, satay, rambutan( aik apasal banyak pasal makanan nih..hehe) dan mcm2 lagi^^..

memang benarlah Allah memberi lebih daripada yang kita minta, contohnya kita jarang berdoa" Ya Allah, kurniakanlah aku lauk ayam masak madu hari ini, atau sempatkanlah aku untuk naik bas/trem sebelum dia berlepas atau berikanlah aku air panas untuk mandi hari ini" semua nikmat yang jarang kita minta, Allah berikan setiap hari..Allah sentiasa mencukupi buat manusia..kita sahaja yg jarang rasa cukup walaupun Dia sentiasa ada bersama kita..

kenapa haiwan suka menjilat?

saya pernah terbaca artikel, knapa haiwan seperti anjing, kucing dan harimau suka menjilat family dia.. kita selalu nampak mak kucing jilat anak2, harimau jilat pasangan dan anjing jilat tuannya.. rupa2nya haiwan2 ni menjilat sebab ingin menunjukkan kasih sayang mereka.. huhu teringat kat Tom, kucing saya yg berwarna kelabu putih(mcm Tom dalam cerita Tom and Jerry tu)..dia suka sgt jilat2 kami satu family, dan mmg tak dpt dinafikan, rasa kasih syg dia mmg sampai kat kami..Tom slalu jilat muka , tangan dan kaki ..dan alhamdulillah stakat ni tak pernah lg dapat penyakit dr Tom walaupun kdg2 dia bersin sampai terkena kat muka saya..Rindu Tom..skrang Tom dah tak ada..Dia hilang tak sampai sbln slps sy bertolak ke Czech..mmg tradisi sy sblm bertolak blik asrama, peluk kucing2 or at least(kalo tak sempat) ckp bye2 kat diorg..hehe walaupun diorg tak paham pun apa saya ckp..

haiwan dah jdi sprti adik2 sy..kalau brckp dgn diorg, saya bahasakan diri sbgai kakak..maybe pelik kalau berckp dgn haiwan2..macam org tak betul plak hehe..tapi tak apa, sbb bg saya, itu cara saya menunjukkan kasih syg pd haiwan2 itu..walau haiwan2 itu tak paham dan tak boleh bercakap balik, cukuplah Allah tahu saya menyayangi mereka..

Sunday 10 October 2010

saya faham

sebanyak mana kita faham satu subjek itu. Bergantung pd sebanyak mana kita berusaha meluang masa untuk memahaminya..

sebanyak mana kita faham pada cara memasak lauk pauk, bergantung pada sebanyak mana kita berusaha memasaknya..

sebanyak mana kita faham teknik bermain futsal, bergantung kepada sebanyak mana usaha kita berlatih,

sebanyak mana kita memahami sahabat, bergantung kepada sebanyak mana usaha kita mendekatinya,

sebanyak mana kita faham alam ini, bergantung kepada selama mana kita berusaha merenunginya.

sebanyak mana kita memahami kehidupan ini dan penciptaanya, bergantung kpd sebanyak mana kita berusaha memahami manualnya dan Penciptanya..

untuk memahami, kita perlukan usaha untuk melakukan segala2nya
insyaAllah jadilah seorang pemikir, agar hidup ini bukan sekadar biasa2.

Thursday 7 October 2010

"Our lives begin to end the day we become silent about things that matter."
Dr.Martin Luther King Jr.


Jangan hanya mulut berbicara, tapi hati mesti merasa. Palestine akan kembali ke tangan kita.

Tuesday 5 October 2010

Awaken from Maher Zain

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were..
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the individual without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

beautiful and reflective masterpiece..

Sunday 3 October 2010

healing

heal and you will be healed by everybody
that is nature's order




Thursday 30 September 2010

Oh mama, saya mau kahwen..lalala...

teringat lagi seketika dulu di kolej, aku ada seorg kawan baik yang suka share cerita, masalah nasihat dgn aku.. best la geng aku sorang nih, memang friendly talkative, so slalunye takkan senyap kalau ada dia..

satu hari dia ada cakap, "nak kawen" aku tersengeh aje la.. cakap dgn dia, bagusla kalau camtu.. sbb dah lama couple ngn teman istimewa dia, so lbh bagus kawen.. apa2 yg dibuat selepas tuh dikira ibadah disisi Allah..(insyaAllah sama2 kita doakan, amin)

namun sekarang, aku sedar yg nasihat yg aku bagi tak cukup sampai disitu.. "kawen la" ayat tuh sangat senang kita nak sebut. tapi disebalik perkahwinan tu banyak lagi yg perlu dipersiapkan.. yg selalu kita dgr, ekonomi mesti stabil, kne ada asset sendiri at least kereta dan mcm2 lagi lah.. nak kene pandai masak lah, rajin kemas rmh..tapi semua tuh actually untuk memenuhi kehendak bakal suami atau isteri dan keluarga mertua sahaja..

sesungguhnya perkahwinan itu salah satu cabang kehidupan yg disukai Pencipta kita, Allah Azza Wajalla.. maka segala apa yg berkaitan dgn perkahwinan itu sewajibnya perlu memenuhi kehendakNya..

Stage 1: Sebelum Kahwin
keinginan pada perkahwinan yg diberkati hingga ke syurga perlulah diusahakan untuk meraih keredhaan Allah pada awal2nya lagi.. sememngnya bercinta itu keindahan yg tak mampu diungkap oleh semua manusia kecuali yg pernah mengalaminya sahaja. namun cinta itu perlulah adil iaitu diletak pada tempatnya.. bermakna, cinta itu tak boleh diberi pada yg masih tdk berhak menerima..jgnlah kerana cinta pada si dia menyebabkan kita melanggar hukum Allah yg sememangnya mencintai kita. teringat ayat seorg sahabat"men get and forget, Allah gives and forgives".touching betul ayat nih..sobs sobs

Stage 2: majlis kahwin
perlulah besederhana, jangan membazir..cukuplah ia sebagai meraikan kegembiraan terbinanya satu lagi baitul muslim yg cemerlang dan menghebahkannya kepada org lain spy tak tertimbulnya fitnah..walimah itu jg perlulah dirancg supaya tdk melanggar hukum2 syarak sepeti mengelakkan percampuran bukan mahram dan mengelakkan hiburan yg melalaikan

Stage 3: selepas kahwin
selepas ini bermulalah segala cabaran yg tak mampu kita bayangkan( kecuali yg dah berkahwin).

isteri=bangun pagi+masak+kerja+beli brg rumah+balik kerja+jaga anak+kemas rumah+didik anak+dsb...

suami= bgn pagi+kerja+fikir nak byr sewa+byr utang kereta+hutang rumah+mainan anak2+brg kemas isteri+baju anak n isteri+ bil2...

haa kan bnyak tuh nak kena fikir sebelum berkahwin.. namun semestinya yg utama keredhaan Allah atas setiap satu yg kita lakukan dlm hidup kita itu..walaupun nampaknya penat, jika setiap satu itu diniatkan kerana Allah, insyaAllah bertambahlah saham akhirat kita

Allah Maha Pengasih dan Penyayang..maka jika kita telah terkantoi di mana2 stage ini, maka jgn mudah berputus asa untuk bertaubat pdNya.. walau permulaan atau pertengahannya tak secantik dan sesempurna untuk dihadiahnkan kpd Allah, biarlah ada usaha kita memperhebat pengakhirannya..Allah tidak melihat pada hasil namun pada usaha sesorg itu mencari keredhaanNya..setiap perkahwinan itu disertai tanggungjawab yg akan disoal olh Pencipta kita apbl kita pulang nanti..maka kalau rasa sudah bersedia, apa salahnya=D

p/s ucapan buat housemates, kawan2 yg merata di Malaysia,Czech, US, UK, India, Newzie dan kakak2 apt 10: cepat2 la kahwin. anda semua dah layak pada pertimbangan saya..hehehe

Sunday 25 April 2010

"Kamu( umat Islam) adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang -orang fasik."( ali Imran: 110)

Monday 12 April 2010

tentang dia

kalau sebelumnya,
ku bersajak tentang senyum,
kini ku berkarya,
tentang dia,
tentang seseorang yang sering ku lupa.

katakan saja,
apa jua yang kau suka,
pasti ada padanya,
katakan saja,
kau tak perlu cari jauh di hujung dunia,
kerna dia ada di depan matamu..

kalau kita terlintas membuat dosa,
ingatlah padanya,
tak termampu rasanya,
mengecewakan hati sesuci itu.

aku bersyukur pada Dia,
kerana mengurniakan aku dia,
yang sanggup berkorban apa saja untuk ku,
bukan hanya untukku,
jua untuk ibu bapa ku,
untuk atuk moyangku ku,,
untuk seluruh umat ini,
untuk seluruh alam ini..

ku bersyukur YaAllah,
atas kurniaan Mu yang satu ini,
kerana ia tak mampu terbayar,
walau dengan dunia serta isinya..

Ya Rasuullah,
ampunkan kami Ya Allah,
jika selama hidup ini,
tak termampu mempertahankan baginda,
di kalangan manusia pencacinya,
namun kami lebih menyesali setiap saat hidup ini,
kalau tidak mampu menjaga akhlak sendiri,
sedangkan baginda mempercayai kami,
sebagai pembela agama yang dibanggakannya,
yang dipertahankannya dengan darah sendiri.

ampunkan kami Ya Allah,
jika tak mampu menggembirakan Rasulullah saw,
dan mengigatinya,
sepertimana baginda mengingati kami,
hingga saatnya dipanggil pulang olehMu..

selawat dan salam bagi baginda kita,
moga kita menjadi umat,
yang pandai mengenang budi,
dan mencintainya
walaupun,
baginda tak mengharapkan
sebutir balasan pun dari kita,
apa yang diharapkan olehnya,
cukuplah kita menjaga,
dari membinasakan diri sendiri,
dan tanamlah cinta sesama kita,
KeranaNya..

Wednesday 24 March 2010

hatiku luka

betapa luka hati ini,
melihat manusia masih buta mata,
masih teraba-raba dalam gelap,
namun masih sombong pada cahaya..

betapa luka hati ini,
melihat saudaraku terluka,
air matanya tak pernah berhenti,
namun hati ini kadang mekar,
melihat betapa mereka bergantung pada-Mu..

namun hati ini lebih terluka,
melihat saudaraku hatinya gembira,
bukan tak mau bekongsi tawa,
namun kerana gembiranya menyimpang jauh daripada-Mu..

namun hati ini betambah terluka,
melihat saudaraku merosakkan dirinya sendiri,
dengan melanggar perintah-Mu,
dunia dan nafsu jadi kekasihnya..

namun hati ini tambah lebih terluka,
melihat diri ini,
yang lemah,
hanya mampu merasa,
namun tak berkuasa,
mencantikkan ruh sendiri dengan takwa,
mengubat umat ini dengan anggota yang Kau kurnia..

namun apabila kita melakukan dosa,
maafkanlah diri sendiri dahulu,
dengan mengakui betapa kerdilnya kita,
dihadapanNya,
betapa hina hingga mungkin tidak dipandang
walau dengan sebelah mata,
dan kemudian,
yakinlah pada Dia,
yang Maha Penyayang,
yang menerima hambaNya
walaupun kita bergelomang dosa,
pada waktu itu,
baru kita merasa,
betapa Dia menyayangi kita,
hamba-hambaNya..

YaAllah,
anggota tubuh ini Kau kurnia,
agar kami mengunakannya,
untuk mencari saham akhirat-Mu yang luas,
maka YaAllah,
janganlah kerananya,
kami berbuat dosa..

Saturday 27 February 2010

buat tak tau tak la seteruk berburuk sangka


-Stephen Hawking-



satu video ini membuka mata saya ttg makna VIOLENCE..
dan benarlah, the greatest enemy of knowledge is not ignorance, but it is the illusion of knowledge..
kata2 ini patut membuka mata dunia, bahawa apa yang kita dengar tak boleh diterima sebulat-bulatnya. penerimaan tanpa berfikir dahulu meletakkan kita dalam ilusi tersendiri yang salah..kalau diringkaskan supaya sesuai dengan hidup kita seharian ialah "buat tak tahu tak la seteruk beburuk sangka"( aishh macam ada rhym plak..kihkih)



"any Violence by a large population is not because these people is more violent than any other, but it is a signal and alarm that there is something wrong in the treatment of this population"

salah satu ayat daripada video ini yang rasa2 saya memang perlu dipikirkan oleh manusia seluruh dunia..

Friday 19 February 2010

Hizbullah di Lebanon


antara diolog di dalam video ini


Norzie: Tanya Hassan berapa lama dia sudah menembak tentera Israel?
Hassan : 3 tahun
Norzie: dia tidak takut?
Hassan: Tidak..Hizbullah tidak boleh takut..Adakah anda takut?
Norzie : Saya takut
Hassan: Tidak mengapa, kamu di sini bersama kami.

saya Hizbullah, kami semua Hizbullah..

terkaku sebentar mendengar ayat itu.. kita hidup dalam kesenangan dan dalam keadaan selamat dan apabila kita menyatakan yang kita takut, anak2 Hizbullah ini yang menenangkan.. saya terfikir, mampukah saya mengucapkan ayat yang sama kepada mereka..bukankah ayat itu patut datang dari mulut kita? kentalnya semangat anak2 ini.. maafkan kami wahai adik2 jika pernah ada waktu di mana kami melupakan keperitan hidupmu. semoga Allah mengurniakan shahid buat pejuang2 Islam dan semoga kita tak pernah lupa pada mereka.. InsyaAllah akan tiba saat Islam bangkit meguasai dunia. Amin

Norzie merupakan salah seorang wartawan malaysia yg saya kagumi.. beruntung bagi Norzie untuk mendapat pengalaman berharga ini..

Wednesday 17 February 2010

mahalnya sebuah senyuman



sebuah senyuman itu mahal harganya
kerana ia datang dari hati
yang bersih dan berwarna kebahagiaan..


senyuman itu mahal harganya
daripada seorang ibu,
yang pedih matanya menghiris bawang di dapur,
yang penat melayan kerenah anak2 kecilnya,
yang saban harinya melihat anak pergi jauh
bayarannya
kecintaan dalam hatinya

senyuman itu mahal harganya,
daripada seorang bapa
yang lelah berkejar ke sana-sini melangsaikan tugasan
yang berkerja keras untuk mengenyangkan anaknya
yang berharap anaknya cukup segala
bayarannya
kecintaan dalam hatinya

senyuman itu mahal harganya
daripada seorang sahabat
yang kadang terluka hatinya
yang diingat waktu suka
dilupa waktu duka
bayarannya
kecintaan dalam hatinya.

senyuman itu mahal harganya
daripada saudara yang tak dikenali
yang tak pernah bersua muka
yang tak berkongsi setinta sejarah bersama
yang masing2 nya memikul masalahnya sendiri
bayarannya
kecintaan dalam hatinya.


senyuman itu sentiasa mahal harganya,
kerana kadang2 komposisinya
tak terlihat pada paketnya
keistimewaan produk senyuman itu
ada di satu sudut di hati manusia
senyuman itu datang
dari kecintaan dalam hati manusia sesama manusia
dan kecintaan itu datang
dari kecintaan kepada Penciptanya..

Sunday 14 February 2010

Ibu, mama, omma, mother, mom, maminka...

semalam saya tamatkan tontonan saya buat drama korea yg sy ikuti beberapa hari sebelum ni.. .. tapi sad ending ( warning bagi sesiapa yang tak ske cerita sad ending, jgn sesekali tengok cerita ini..heheh.. gurau je)..bukan love story yang nak diketengahkan.. actually in this story, there is another thing more important and more expressive that can make u cry..

saya tulis entry ini khas untuk sahabat saya yang rindu pada ibunya..hehe..
kadang2 bila kita bersama2 ibu, kita jarang sekali memikirkan perasaannya.. jarang sekali berusaha menggembirakan hatinya( ini refleksi diri saya, khasnya) ibu adalah seorang insan yang tak pernah padam kasih sayang dalam dirinya..saya ingat sekali waktu masih kecil.. ada gambar saya yang tengah nangis( kne sakat dek abg kot, hahah ntah, tak ingat), kat sebelah saya ade mama yang suap saya makan sambil tersenyum, heheh pelik sungguh kalau dipikirkan, saya menangis( mulut penuh dengan nasi), mama tersenyum..mama waktu itu pasti gembira melihat anak2 dengan karenah yang macam2.. sekarang saya tak berada di sampingnya dan pada waktu ini, ibu mana yang tak rindu pada anak2 nya.

saya risau karana tak dapat bersama mama dan abah waktu ini, untuk menjaga mereka, tapi ada satu yang buleh kita lakukan untuk mereka walaupun kita jauh.. berusaha menjadi saham terbaik buat ibu bapa..doakan syurga Firdaus untuk mereka dan jadi hamba yang diredhai Allah, dengan menjadi anak yang baik.. hargai mereka semasa mereka masih ada dan menemankan mereka dengan doa kita yang tak pernah putus apabila mereka telah tiada..

InsyaAllah semuanya akan baik2 saja..

cerita korea yang saya tonton menceritakan tentang seorg lelaki yang dibuang semasa kecil dan diambil sebagai anak angat.. then he was abandoned in Australia, living on street, alone.. he survived childhood and became a man with full of strength.. tapi yang mengagumkan sy ttg watak ni adalah sikapnya terhadap dunia.. ditinggalkan ibu mengajarnya erti mencintai ibunya.. salah satu ayat yang sgat menyentuh hati ( lebih kurang begini): mom, wait for me, I knew u abandoned me because of poverty, I will get back to korea, as a rich man, I'll buy u beautiful clothes, buy u a big house.. just wait for another five years, I will come back as a rich man..

setelah dia pulang ke korea, dia dapati ibunya seorang pelakon yang terkenal dan kaya menyebabkan dia tertanya2: "why a rich mom still left her own child.."
tapi anak ini tetap sayangkan ibunya, walaupun pada masa yang sama dia dihina oleh ibunya sendiri.. dia memilih untuk mendiamkan diri dan selalu berkata pada dirinya" just let this thrash son die quietly"( sorry tak ingat sangat..heheh)

betul lah kata orang kesusahan itu mematangkan pemikiran, seperti adik2 kita di Palestina.. from day to day, they learn to turn off the pain.. kalau dipikirkan, betapa istimewanya anak2 ini..yang membalas kesakitan dengan senyuman..kalau mereka mampu, sya pasti mampu juga tersenyum menghadp ujianNya..InsyaAllah..

saya besyukur kepada Allah kerana mengurniakan mama dan abah yang tak pernah henti mencintai saya.. dan sesungguhnya Allah Maha Penyayang, yang kasih sayangnya takkan tertanding dengan kasih sayang seluruh manusia

Tuesday 9 February 2010

Theta wave

Terima kasih kakak bear.. heheh(nama adaptasi adik bear)

sahabat saya telah memberikan idea untuk mengisi masa cuti.. heheh tak start study lagi nih.. still in holiday mood.. saya tonton siri halaqah di TV9 online.. bestnye=)

tajuk yang ditonton malam ni adalah Keajaiban Azan..
lamanya tak dengar Halaqah, tu lah dulu kat Malaysia tak tenguk selalu pun.. sekarang kat sni baru nak tengok.. terasa betapa tak bersyukurnya diri ini..

Perbincangannya sangat best.. it explain about azan and its miracle in science of human body..
Azan involve the propagation of theta wave( ni laras bahasa biophysics).. and theta waves arise the calmness in a human.. banyak lagi yang disampaikan dan saya rasa better ditonton sendiri sebab saya menyedari kesempitan vocab yang effektif dalam diri ini untuk menimbulkan penghayatan anda..huhu

terasa azan itu sangat besar nilainya.. lepas ni nak try therapy azan.. insyaAllah sikit2 dulu..
Halaqah 7 februari 10~ selamat menonton http://www.tv9.com.my/
Rating: sure tak boring, dan buleh membuat anda tersebut "ooooooooo", dan kadang2 tersenyum sorang2

kesimpulan:
1)dengar lah azan apabila anda stress( waktu stress kita mempunyai gelombang beta)
2) solat apabila masuk waktu, sebab waktu itu gelombang theta drpd azan akan membantu khusyuk dalam solat..
3) jangan bercakap waktu azan, sebab kita hanya akan melepaskan peluang menjalani therapy secara percuma

Assalamualaikum..

Ya Allah, saya rindu Makkah dan Madinah

Ya Allah
saya nak buat umrah..

sedang menonton video solat jemaah yang diimamkan oleh imam Abdul Rahman Sudais di Youtube, menitik air mata ini.. Subahanallah, saya rindu untuk ke sana.. InsyaAllah, mulai sekarang perlulah simpan duit untuk mengerjakan umrah..
Semasa skype dengan mama petang tadi, saya ajukan soalan kepada mama tentang umrah.

Saya: berapa banyak duit kalau nak pergi umrah Ma?

Mama: dalam 6 ribu ringgit, kalau bulan puasa mahal lagi lah..
( tiba2 berbunga hati ini bila mendengar kata2 mama)

Saya: O nanti buleh la saya simpan duit eh ma.. sebulan mungkin buleh simpan 400 Euro

Mama: 400 Euro sama dengan berapa duit kita?

saya: 2000 ringgit.. kalo saya buleh jimat lagi, buleh simpan lebih kot..hehe

Mama: eh, duit scholar tu gunalah untuk study..

Saya: memang dah guna untuk study pun, bayar sewa rumah, makan pun terlebih kot.. cukup je duit tu

Mama: tenguk dulu macam mana nanti.. sbb mama tak de duit sangat sebab banyak dah guna masa buat homestay tu

Saya: oo haah ek.. renovate homestay..tak pe la, kalo saya ade duit lebih, saya belanja la mama pergi umrah sekali..

begitu lah sedikit sebanyak perbualan dengan mama petang tadi..

rasa sedih sangat hati ni .. kanapa?
sebab mendengarkan kesusahan ibu bapa kita..sebagai student scholar, saya rasa sangat cukup dengan apa yang ada.. tak terkurang sedikit pun.. tapi mungkin ada orang yang beranggapan bahawa duit scholar patut digunakan untuk belajar, beli buku, makan .. memang itu amanahnya..
tapi daripada saya membeli barang yang tak diperlukan, lebih baik menyimpan untuk ke umrah.. ramai yang pasti setuju dengan pendapat saya..hehe( ramalan semata2)..insyaAllah..Islam menggalakkan kesederhanaan..dan insyaAllah kalau saya dapat menunaikan umrah, pahalanya sampai kepada pembayar cukai seluruh Malaysia..Amin.

Monday 8 February 2010

Heal the WORLD

Heal the world

As Islam taught us..


Bila namanya Muslim itu, enggak bulih lari dari tangunggjawabnya.. Pada Allah dan pada manusia (p/s: laras bahasa Indonesia, try sebut skali bila bace)

lain kali nak try bahasa czech pulak..

Saturday 6 February 2010

thoracic aorta and azygous vein

Alhamdulillah... I found it! camne nak ingat tempat terletaknye thoracic aorta dan azygous vein dalam badan anda??

itulah yang terngiang2 dlm kepala waktu nak revise anatomy.. pikir punye pikir..hah!

sunnah Rasulullah masa tidur, tidur atas rusuk kanan. sebab di sebelah kiri badan kita(dada) ada thoracic aorta( highly oxygenated blood track) dan di sebelah kanan ada azygous vein( low oygenated blood) .. dengan tidur atas rusuk kanan, darah yang berO2 dalam thoracic aorta dapat mengalir dengan lancar( tak tersekat dek terhenyak kat tilam)

kita selalu dengar, dengan mempelajari Sains, kita dapat mengenali Islam, tapi kadang2, mengenali Islam itu dapat membantu kita memahami Sains ..buktinya " where is the place u can find thoracic aorta and azygous vein?" senang la nanti kalo Prof Nemcova tanye..oleh itu, kedua-duanya tak boleh dipisahkan bagai lagu ngan irama..

" tidak ada sesuatu pun yang dicipta Allah dengan sia-sia "

Tetapi ia memerlukan berpuluh cubaan sepanjang 800 tahun.. Dan ujian yang diberikan Allah kepadamu langsung tidak dapat menandingi ujian yang diberikanNya kepada umat yg sebelum ini, umat yang berjuang dengan nyawa bagi Islam, jadi mengapa harus kau bersedih dgn ujian sekecil ini.. sesungguhnya Allah bersama hamba yang disayangiNya sepanjang cubaanNya dilalui .. jika Hassan mempertaruhkan nyawanya untuk mengibarkan panji Islam di kubu Constantinople, mengapa kau tidak mampu mengorbankan perasaan dan tenaga mu yg sangat sedikit buat Islam yg dicintai ini..wahai hati, Allah sentiasa bersamamu.. jangan gentar dan tuntutlah Ilmu ini bagi mengenaliNya, memang salah satu tanggungjawabmu adalah untuk menunjukkan kehebatan Islam di muka bumi Ini, namun tanggungjawab yang lebih besar bagimu wahai hati, adalah untuk mempelajari ilmu ini, bagi mengenaliNya. Itulah yg lebih penting. Sesungguhnya Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepadamu dengan kasihNya