Wednesday 17 February 2010

mahalnya sebuah senyuman



sebuah senyuman itu mahal harganya
kerana ia datang dari hati
yang bersih dan berwarna kebahagiaan..


senyuman itu mahal harganya
daripada seorang ibu,
yang pedih matanya menghiris bawang di dapur,
yang penat melayan kerenah anak2 kecilnya,
yang saban harinya melihat anak pergi jauh
bayarannya
kecintaan dalam hatinya

senyuman itu mahal harganya,
daripada seorang bapa
yang lelah berkejar ke sana-sini melangsaikan tugasan
yang berkerja keras untuk mengenyangkan anaknya
yang berharap anaknya cukup segala
bayarannya
kecintaan dalam hatinya

senyuman itu mahal harganya
daripada seorang sahabat
yang kadang terluka hatinya
yang diingat waktu suka
dilupa waktu duka
bayarannya
kecintaan dalam hatinya.

senyuman itu mahal harganya
daripada saudara yang tak dikenali
yang tak pernah bersua muka
yang tak berkongsi setinta sejarah bersama
yang masing2 nya memikul masalahnya sendiri
bayarannya
kecintaan dalam hatinya.


senyuman itu sentiasa mahal harganya,
kerana kadang2 komposisinya
tak terlihat pada paketnya
keistimewaan produk senyuman itu
ada di satu sudut di hati manusia
senyuman itu datang
dari kecintaan dalam hati manusia sesama manusia
dan kecintaan itu datang
dari kecintaan kepada Penciptanya..

4 comments:

  1. wah2 maira shi!! berbahasa bahasi plk ye.. :)
    senyum senyum senyum :) :) :)

    ReplyDelete
  2. tapi senyum x tentu psl pn plik gak kan?? tp yg penting kne senyum sbb senyum itu sedekah.. n sdkah tu mhl harganye.. sbb kadang2 susah utk kita wat sedekah ngan hati yg ikhlas.. bak kate kak shifa.. ikhlas tu cam semut hitam ats batu hitam pd mlm yg gelap... tp cam xde kne mengena ngan post ni pun.. anyway.. AKU DA JUMPE BLOG KO SHIIIII..MUAHAHAHAHAHAHHA

    ReplyDelete
  3. azhani gelak evil ooo..ngeh3

    ReplyDelete