Saturday 2 April 2011

Video superb


Beruntunglah orang2 yang diberikan oleh Allah hidayah, dan dia mengambil dan menggenggamnya. Semoga sejahteralah iman setiap muslim di atas muka bumi.


Sunday 20 March 2011

Seeking our creator journey: a journey to the land of Ottoman


















setelah setengah hari kami terkandas di airport Munich, alhamdulillah kami berjaya sampai ke Turki.. rasa reda dpt keluar dr kesibukan airport Munich yg agak sesak disebabkan bnyak penerbangan yg delay dan dibatalkan disebabkan salji yg tebal.

sesampai di attaturk airport, kami menaiki bas ke penginapan kami.. melihat pemandangan sekeliling sahaja cukup membuat hati ini terharu. lebih2 lagi apabila melihat masjid Biru dan Hagia Sofia tersergam indah pada waktu malam.. "syukur aku berada di sini akhirnya".

percutian musim sejuk di turki mmg sangat2 bemakna. melihat satu masyarakat islam di satu sudut lain daripada masyarakat2 di Malaysia dan Czech. Bermula dgn kemegahan islam di Istana Topkapi, Masjid Biru dan Hagia Sofiya hingga ke kejatuhannya di Istana Dolmahbache.

Saya melihat pertukaran cara hidup khalifah pada masa itu. dari ukiran khat ayat al Quran di Topkapi ke kediaman penuh dgn ukiran emas dan gambar2 di Dolmahbache.

sepanjang berada di sana, sering saya terbayangkan zaman2 khalifah tersebut, lebih2 lagi baginda sultan Muhammad al Fateh, pembuka kota Istanbul ini.. saya naikkan semangat saya dgn cerita2nya, membayangkan diri ini melihat sendiri pembukaan tersebut apabila berada di atas bot menyusuri selat bosphorus dan tanjung emas. bila membayangkannya, tangan rasa sejuk dan air mata ini saya tahan.

Hagia sofiya adalah tempat yg paling saya tunggu2. membaca ceritanya dalam novel sultan Muhammad al Fateh cukup menjadikan saya kagum kpdnya. ketika berada di sana, saya bayangkan melihat umat islam berjemaah menyembah Allah dan azan berkumandang di dalamnya. terasa syahdu berada di dlmnya, seperti ingin lebih lama berada disitu.

sebelum pulang, saya menoleh kembali kpdnya, memandangnya dgn satu rasa yg saya akan sentiasa merindui saat itu, dan bahawa saya akan ke sini lagi.

subahanallah, bnyaknya saya belajar dari perjalanan ini.

Saturday 19 March 2011

hari semakin begerak, tapi post di blog ni tak muncul2 =P

sebenarnya bnyak yg ingin dikongsikan, tp tak semua tertulis di sini.. banyak pengalaman yg saya

hadapi dan satu rasa yg saya alami, saya berazam utk berkongsi..

mungkin ini lah kesilapan saya. tak tinggi semangat utk memberi. hingga kdg2 lupa utk berpesan2.

insyaAllah, blog ini akan bergerak semula.

alhamdulillah di pagi 19 march 2011 ini, saya buka blog yg sudah sekian lama mnyepi ini.

"jangan tinggalkan amalan kerana tiada waktu, tp carilah waktu utk amalan itu."

Sunday 21 November 2010

when an Israeli soldier unlocks the stories

http://www.youtube.com/watch?v=37MFa7ZKQWo&NR=1

Apa lagi alasan yang boleh diberi oleh Israel untuk menutup kesalahan mereka..

semoga Allah membantu kita menjadi umat luar biasa..insyaAllah

Thursday 21 October 2010

Doa itu penghubung kita dengan Allah

saya terbaca buku Solusi milik kak Nadirah(sori kak kalau saya tersalah eja nama..^^) waktu dalam train ke Hradec Kralove..Masa tu, kak Qilah sedang baca buku itu..saya terbaca tajuk di muka depannya..ayatnya tak lah sebiji2 saya ingat tapi yg saya boleh konklusikan daripadanya adalah begini:

"Doa kita bukan untuk meminta pada Allah, kerana Allah sudah tahu apa yang kita mahu walaupun kita tak menyebutnya. Tapi doa adalah penghubung kita dengan Allah.. dan Allah sudah memberi kepada kita lebih daripada yang kita minta"

tak sangka ayat ini memberi saya kekuatan selepas tak lepas test biochem semalam.. cukuplah apa yg telah diberi oleh Allah kepada saya.. alhamdulillah ayat ini membantu untuk saya segera redha dengan ketentuanNya.. ada yang lebih terbaik daripada itu.. terima kasih ya Allah kerana mengajar saya susah apabila saya selalu senang..


teringat kenangan dulu2, selepas keputusan UPSR, PMR dan SPM keluar, banyaklah berita di surat khabar2 Malaysia tentang pelajar2 yg berjaya..namun apa yg menarik perhatian saya ialah kejayaan pelajar2 yg datangnya drpd keluarga2 yg susah.. sebenarnya saya agak jeles dgn diorg..tak tahu apa yang memberi mereka terlalu banyak kekuatan untuk berjaya.. tapi apabila selalu dengar cerita ayah dan mak waktu mereka kecil2 dahulu, baru saya tahu, kesenangan itu punca kejatuhan ramai manusia, dan kesusahan itu guru kehidupan yg paling cemerlang..

mama dan abah selau cerita tentang kesusahan mereka masa kecil..bukan mereka mahu mengungkit, tapi kerana ingin memberi pengajaran kepada kami 4 beradik.

cerita ayah:

masa kecil2 dulu, ayah saya budak yang nakal juga..suka main2 sampai nenek kena kejar dan pikul bawak balik rumah.. masa abah kecil2 dulu tak ada permainan seperti sekarang, jadi permainannya semua permainan anak2 kampung; mandi sungai, panjat pokok(sampai sekarang abah masih panjat pokok kalau nak ambil buah duku di kebun)hmm terlalu banyak untuk disenaraikan..sebelum pergi sekolah, abah tolong nenek toreh getah..pernah sekali semasa abah nak ke sekolah, hujan turun dan baju abah semua basah(zaman dulu pakai kasut getah, jadi kasut tu mmg takde hal) sampai kat sekolah, cikgu marah sebab baju basah dan abah disuruh pergi keringkan baju, baru masuk kelas..jadi abah pun pergi menumpang di rumah seorang mak cik yg tinggal berdekatan dengan sekolah...abah jemur baju dan selepas kering baru abah ke kelas..banyak lagi cerita tentang abah tapi ini yg paling saya suka dan sentiasa mengingatkan saya supaya bersyukur.. bukan semua manusia bernasib baik seperti saya..dan kini abah menjadi yang terbaik buat saya dan rasa saya itu yang terbaik buatnya.. walaupun abah mulanya susah, tapi abah berjaya naik dengan kesusahan sebagai "catalyst"

mama lebih banyak ceritanya, mungkin saya akan tulis dalam post selepas ini tentang cerita2 menarik mama..pasal belon, satay, rambutan( aik apasal banyak pasal makanan nih..hehe) dan mcm2 lagi^^..

memang benarlah Allah memberi lebih daripada yang kita minta, contohnya kita jarang berdoa" Ya Allah, kurniakanlah aku lauk ayam masak madu hari ini, atau sempatkanlah aku untuk naik bas/trem sebelum dia berlepas atau berikanlah aku air panas untuk mandi hari ini" semua nikmat yang jarang kita minta, Allah berikan setiap hari..Allah sentiasa mencukupi buat manusia..kita sahaja yg jarang rasa cukup walaupun Dia sentiasa ada bersama kita..

kenapa haiwan suka menjilat?

saya pernah terbaca artikel, knapa haiwan seperti anjing, kucing dan harimau suka menjilat family dia.. kita selalu nampak mak kucing jilat anak2, harimau jilat pasangan dan anjing jilat tuannya.. rupa2nya haiwan2 ni menjilat sebab ingin menunjukkan kasih sayang mereka.. huhu teringat kat Tom, kucing saya yg berwarna kelabu putih(mcm Tom dalam cerita Tom and Jerry tu)..dia suka sgt jilat2 kami satu family, dan mmg tak dpt dinafikan, rasa kasih syg dia mmg sampai kat kami..Tom slalu jilat muka , tangan dan kaki ..dan alhamdulillah stakat ni tak pernah lg dapat penyakit dr Tom walaupun kdg2 dia bersin sampai terkena kat muka saya..Rindu Tom..skrang Tom dah tak ada..Dia hilang tak sampai sbln slps sy bertolak ke Czech..mmg tradisi sy sblm bertolak blik asrama, peluk kucing2 or at least(kalo tak sempat) ckp bye2 kat diorg..hehe walaupun diorg tak paham pun apa saya ckp..

haiwan dah jdi sprti adik2 sy..kalau brckp dgn diorg, saya bahasakan diri sbgai kakak..maybe pelik kalau berckp dgn haiwan2..macam org tak betul plak hehe..tapi tak apa, sbb bg saya, itu cara saya menunjukkan kasih syg pd haiwan2 itu..walau haiwan2 itu tak paham dan tak boleh bercakap balik, cukuplah Allah tahu saya menyayangi mereka..

Sunday 10 October 2010

saya faham

sebanyak mana kita faham satu subjek itu. Bergantung pd sebanyak mana kita berusaha meluang masa untuk memahaminya..

sebanyak mana kita faham pada cara memasak lauk pauk, bergantung pada sebanyak mana kita berusaha memasaknya..

sebanyak mana kita faham teknik bermain futsal, bergantung kepada sebanyak mana usaha kita berlatih,

sebanyak mana kita memahami sahabat, bergantung kepada sebanyak mana usaha kita mendekatinya,

sebanyak mana kita faham alam ini, bergantung kepada selama mana kita berusaha merenunginya.

sebanyak mana kita memahami kehidupan ini dan penciptaanya, bergantung kpd sebanyak mana kita berusaha memahami manualnya dan Penciptanya..

untuk memahami, kita perlukan usaha untuk melakukan segala2nya
insyaAllah jadilah seorang pemikir, agar hidup ini bukan sekadar biasa2.