Sunday 20 March 2011

Seeking our creator journey: a journey to the land of Ottoman


















setelah setengah hari kami terkandas di airport Munich, alhamdulillah kami berjaya sampai ke Turki.. rasa reda dpt keluar dr kesibukan airport Munich yg agak sesak disebabkan bnyak penerbangan yg delay dan dibatalkan disebabkan salji yg tebal.

sesampai di attaturk airport, kami menaiki bas ke penginapan kami.. melihat pemandangan sekeliling sahaja cukup membuat hati ini terharu. lebih2 lagi apabila melihat masjid Biru dan Hagia Sofia tersergam indah pada waktu malam.. "syukur aku berada di sini akhirnya".

percutian musim sejuk di turki mmg sangat2 bemakna. melihat satu masyarakat islam di satu sudut lain daripada masyarakat2 di Malaysia dan Czech. Bermula dgn kemegahan islam di Istana Topkapi, Masjid Biru dan Hagia Sofiya hingga ke kejatuhannya di Istana Dolmahbache.

Saya melihat pertukaran cara hidup khalifah pada masa itu. dari ukiran khat ayat al Quran di Topkapi ke kediaman penuh dgn ukiran emas dan gambar2 di Dolmahbache.

sepanjang berada di sana, sering saya terbayangkan zaman2 khalifah tersebut, lebih2 lagi baginda sultan Muhammad al Fateh, pembuka kota Istanbul ini.. saya naikkan semangat saya dgn cerita2nya, membayangkan diri ini melihat sendiri pembukaan tersebut apabila berada di atas bot menyusuri selat bosphorus dan tanjung emas. bila membayangkannya, tangan rasa sejuk dan air mata ini saya tahan.

Hagia sofiya adalah tempat yg paling saya tunggu2. membaca ceritanya dalam novel sultan Muhammad al Fateh cukup menjadikan saya kagum kpdnya. ketika berada di sana, saya bayangkan melihat umat islam berjemaah menyembah Allah dan azan berkumandang di dalamnya. terasa syahdu berada di dlmnya, seperti ingin lebih lama berada disitu.

sebelum pulang, saya menoleh kembali kpdnya, memandangnya dgn satu rasa yg saya akan sentiasa merindui saat itu, dan bahawa saya akan ke sini lagi.

subahanallah, bnyaknya saya belajar dari perjalanan ini.

1 comment:

  1. salam maira ^^
    nak sampai sana jga one day.nak rasa jga perasaan itu. insya Allah.. amin
    jzakillah for sharing~

    ReplyDelete