Thursday 21 October 2010

Doa itu penghubung kita dengan Allah

saya terbaca buku Solusi milik kak Nadirah(sori kak kalau saya tersalah eja nama..^^) waktu dalam train ke Hradec Kralove..Masa tu, kak Qilah sedang baca buku itu..saya terbaca tajuk di muka depannya..ayatnya tak lah sebiji2 saya ingat tapi yg saya boleh konklusikan daripadanya adalah begini:

"Doa kita bukan untuk meminta pada Allah, kerana Allah sudah tahu apa yang kita mahu walaupun kita tak menyebutnya. Tapi doa adalah penghubung kita dengan Allah.. dan Allah sudah memberi kepada kita lebih daripada yang kita minta"

tak sangka ayat ini memberi saya kekuatan selepas tak lepas test biochem semalam.. cukuplah apa yg telah diberi oleh Allah kepada saya.. alhamdulillah ayat ini membantu untuk saya segera redha dengan ketentuanNya.. ada yang lebih terbaik daripada itu.. terima kasih ya Allah kerana mengajar saya susah apabila saya selalu senang..


teringat kenangan dulu2, selepas keputusan UPSR, PMR dan SPM keluar, banyaklah berita di surat khabar2 Malaysia tentang pelajar2 yg berjaya..namun apa yg menarik perhatian saya ialah kejayaan pelajar2 yg datangnya drpd keluarga2 yg susah.. sebenarnya saya agak jeles dgn diorg..tak tahu apa yang memberi mereka terlalu banyak kekuatan untuk berjaya.. tapi apabila selalu dengar cerita ayah dan mak waktu mereka kecil2 dahulu, baru saya tahu, kesenangan itu punca kejatuhan ramai manusia, dan kesusahan itu guru kehidupan yg paling cemerlang..

mama dan abah selau cerita tentang kesusahan mereka masa kecil..bukan mereka mahu mengungkit, tapi kerana ingin memberi pengajaran kepada kami 4 beradik.

cerita ayah:

masa kecil2 dulu, ayah saya budak yang nakal juga..suka main2 sampai nenek kena kejar dan pikul bawak balik rumah.. masa abah kecil2 dulu tak ada permainan seperti sekarang, jadi permainannya semua permainan anak2 kampung; mandi sungai, panjat pokok(sampai sekarang abah masih panjat pokok kalau nak ambil buah duku di kebun)hmm terlalu banyak untuk disenaraikan..sebelum pergi sekolah, abah tolong nenek toreh getah..pernah sekali semasa abah nak ke sekolah, hujan turun dan baju abah semua basah(zaman dulu pakai kasut getah, jadi kasut tu mmg takde hal) sampai kat sekolah, cikgu marah sebab baju basah dan abah disuruh pergi keringkan baju, baru masuk kelas..jadi abah pun pergi menumpang di rumah seorang mak cik yg tinggal berdekatan dengan sekolah...abah jemur baju dan selepas kering baru abah ke kelas..banyak lagi cerita tentang abah tapi ini yg paling saya suka dan sentiasa mengingatkan saya supaya bersyukur.. bukan semua manusia bernasib baik seperti saya..dan kini abah menjadi yang terbaik buat saya dan rasa saya itu yang terbaik buatnya.. walaupun abah mulanya susah, tapi abah berjaya naik dengan kesusahan sebagai "catalyst"

mama lebih banyak ceritanya, mungkin saya akan tulis dalam post selepas ini tentang cerita2 menarik mama..pasal belon, satay, rambutan( aik apasal banyak pasal makanan nih..hehe) dan mcm2 lagi^^..

memang benarlah Allah memberi lebih daripada yang kita minta, contohnya kita jarang berdoa" Ya Allah, kurniakanlah aku lauk ayam masak madu hari ini, atau sempatkanlah aku untuk naik bas/trem sebelum dia berlepas atau berikanlah aku air panas untuk mandi hari ini" semua nikmat yang jarang kita minta, Allah berikan setiap hari..Allah sentiasa mencukupi buat manusia..kita sahaja yg jarang rasa cukup walaupun Dia sentiasa ada bersama kita..

1 comment:

  1. salam maira~
    kita merancang tp Allah lah sebaek2 perancang kan =)
    smg urusan awak dipermudahkan Allah.. amin
    *hugss*

    ReplyDelete